Mungkin anda ada lebih sesuai dari pada yang akan saya bahas pada post kali ini, tetapi saya paparkan apa yang menarik perhatian saya, lebih memancing minat saya untuk mengetahuinya. Dalam kehidupan ini, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda kalau dia mencintai kamu. Ada beberapa orang amat pemalu untuk berterus terang. Jadi, dia menunjukkannya melalui perbuatan.
Berikut merupakan 20 ciri-ciri atau perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
1. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan atas apa yang kamu lakukan,
walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mau kamu
terbebani dengan dan kerenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa
menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta. Itulah
ciri-ciri orang yang mencintai kamu!
2. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.
5. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang
kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke tempat atau pesta
yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan
selamat atau mengirimkan SMS.
7. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS/whatsapp seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’,
dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan
kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang
berbeda, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata
cinta itu.
8. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
8. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
9. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang
itu sangat istimewa.
10. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang
dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang sangat berharga untuknya. dan
saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh
berulang selalu.
11. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang
kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. Kerana dia menyimpan kata-katamu di hatinya, berapa
banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya
kamu musnahkan? Pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
12. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang BENGAL
seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu
di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu.
13. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan
melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu
mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf
dan tak akan melakukannya lagi.
14. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan
mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di
dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak
pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar apapun
permintaan mu.
15. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
16. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan senantiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan lingkungan di sekitar mu yang bisa jadi
membawa pengaruh buruk kepada kamu yang jauh. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar "jauh dimata, dekat dihati?"
17. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu
kegemaran kamu, bahkan mungkin meminta lagu-lagu milik kamu, kerana dia ingin
tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar
meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia akan menyukainya.
18. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli
tentang kamu. Si dia memang memiliki ciri-ciri orang yang mencintai
kamu.
19. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara dari pada seperti seorang kekasih.
20. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri dari padanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
Sedikit kesimpulan:...
"Cinta sesuatu yang indah. Ia bersifat subjektif. Lebih bermakna jika
kita dicintai oleh orang yang tepat dan membawa sinar kebahagiaan dalam
hidup kita. Namun begitu, cintai seseorang itu sewajarnya jangan sampai ia
melebihi cintamu pada Sang Pencipta. Namun jika cinta yang kamu singgahi itu melukaimu, usah menjadi mangsa cinta! Bangkit kembali
untuk meraih cinta baru kerana Allah pasti merancang sesuatu yang lebih
baik untukmu. Bersabarlah dan bersyukurlah, nescaya kamu akan memperoleh
kebaikan di lain waktu."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar